Seringkali jiwaku merasa terpesona,
Tatkala memikirkan perilaku mereka,
Walaupun tak pernah bersua muka,
Namun kerinduan sentiasa membara,
Seakan-akan sudah lama bersaudara,
Melebihi akrabnya hubungan saudara seibu sebapa,
Kasih sayang terhadap saudaranya melebihi dirinya,
Menyerahkan sebahagian hartanya untuk saudaranya,
Lantas saudaranya menolak dan meminta ditunjukinya pasar untuk bekerja,
Tanda terima kasih dan cinta pada saudaranya,
Meninggalkan sifat keakuan dan hawa nafsunya,
Hanya kerana ke`abdian semata-mata kepada Allah Taala,
Itulah `Ukhuwah Robbani` yang sangat mulia,
Moga Allah mengurniakannya dalam hubungan sesama kita,
وَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ ۚ لَوْ أَنفَقْتَ مَا فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا مَّا أَلَّفْتَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ وَلَٰكِنَّ اللَّهَ أَلَّفَ بَيْنَهُمْ ۚ إِنَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
(Dan yang mempersatukan) menghimpun (hati mereka) sesudah mengalami ujian-ujian. (Walaupun kamu membelanjakan semua kekayaan yang berada di bumi niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka) dengan kekuasaan-Nya. (Sesungguhnya Dia Maha Perkasa) Maha Menang atas semua perkara-Nya (lagi Maha Bijaksana) tiada sesuatu pun yang terlepas daripada kebijaksanaan-Nya. (An-Anfal , 8:63)